Wednesday, January 31, 2018

MPH Entrance exam 2018

Terjebak dengan Public Health ni sebenarnya secara tak sengaja. Saya ni bukan lah jenis yang kaki buku dan berimpian tinggi. Tak pernah terfikir pun nak sambung master. Cukuplah menara gading yang dah ada. Tapi ini semua berlaku secara tak sengaja.It was almost 2 years ago.. Sebenarnya masa mula-mula tu, Boss offer dalam group whatsapp, siapa nak attend course related with public health tomorrow, at JB. Disebabkan masatu weekend and kebetulan I dekat JB, and I was really tired to drive back to work on the next day. Terus I angkat tangan and said Im interested bos!! HAHAHA. Boss dengan bangganya macam wahhh!! You minat public health yer! Okay I will guide you after this..
Damn, whattahell is public health pun saya tak tahu. Bhuahhaa. 

Jadi sejak dari itu, boss keep on guiding me to be an excellent public health doctor. Dapat pula bos yang sangat baik dan supportive, tak sampai hati nak tolak. Hantar saya macam macam course related with public health. Buat attachment sana sini. Well it was fun actually, bila kita dapat tahu yang public health ni sangat meluas rupanya. Bukan hanya sekadar tengok patient dekat klinik sahaja, banyak yang perlu tahu, yang sebenarnya tak terfikir dek akal pon kenapa kena tahu semua ni. Contohnya kenapa kami perlu buat kajian tentang air bersih? kenapa kami kena salurkan air dekat rumah orang (Graviti Feet System) kami kan doktor kenapa kami yang kena buat tu kan kerja SAJ? haha banyak la soalan bodoh yang bermain difikiran ketika itu. 

So last week was my MPH entrance exam. Saya pasrah sahaja, sebulan saya bertapa study bagai nak rak. Disebabkan public health ni meluas, jadi nak study apa pun tak tahu sebenarnya. Tak ada sumber bacaan yang nak dibaca selain guideline KKM dan apa-apa yang rasa nak baca. Bergandung kepada pengalaman yang ada, ku berserah sahaja. 


Nasib baik kalini exam dibuat di UM. Last year dekat USM Kelantan, jenuh la kalau nak kesana. Nak exam tu bukan senang. Banyak pula checklist yang mereka minta termasuklah, sijil-sijil lampau, logbook, essay, dan macam-macam lagi lah. Yang gelabahnya masa pendaftaran tu, diorang dah check satu-satu requirement. Dan saya baru perasan yang saya tak bawa sijil SPM. .. Well actually saya tak tahu pun SPM ada sijil? wakakaka. jeling tengok orang sebelah kenapa saya punya lain?? Rupanya yang saya guna selama ni slip SPM bukan sijil? haha mana nak dapat wei sijil tu? Kena amek dekat sekolah eh? Agak-agak kalau mintak sekarang ada lagi tak? hahaha. Oh nasib baik urusetia tu tak perasan pasal slip SPM tu.  Fuhhh!!



Paper exam sangat susah. Sangat susah. Mungkin sebab dah almost 7 years tak pernah ambil exam, jadi ada sedikit shock sikit menjawap exam. Jika jawab betul dapat markah, salah kena minus marks. Jadi jika tak tahu, saya biarkan tak berjawap. Masalahnya..... semua tak tahu jawap! WAAKAKKAA tak kelaka.









It was almost 170 candidates from all over Malaysia. Semua doctor power-power dan saya hanyalah newbie yang tak tahu apa. :( Tak apa lah semua bergantung rezeki. Kalau tak ada rezeki dekat sini, mungkin rezeki dekat tempat lain. I love challenging and at least saya dah mencuba!



1 comment:

  1. I amik sijil spm pon masa dah nak hbis dgree time Tu, tapi ada je lagi diorg simpan..

    ReplyDelete

A year ago..

Harini 17 April 2018. Genap setahun saya dilepaskan. Tak ada apa berlaku pun hari ini. Sengaja saya penuhkan hari saya dengan kesibukan kerj...