Saturday, February 3, 2018

Aurora X Vanilla Birthday party!

Assalammualaikum,



Tengok topic pun dah tau entry ni throwback yang berlapuk sangat. Dah tahun 2018, baru nak terhegeh-hegeh update pasal birthday party Aurora 2 bulan yang lalu. I planned for her birthday since early 2017. Awal tahun dah survey semua tempat, dah simpan duit tabung untuk Aurora. Sebab tak nak kelam kabut haru biru macam birthday party Aurora tahun lepas. Jadi kali ni memang dah plan nak buat yang lebih tersusun dan boleh invite lebih ramai kawan dan kenalan (tapi masih ada lagi yang terlupa jemput, maaf)



Birthday kalini combine Aurora anad Vanilla. Who's Vanilla? Vanilla ni bestfriend Aurora, BFF lah konon-konon. My bestfriend punya anak, so memang dari kecil sering bersama, bila dah besar ni jadi akrab. Untuk memudahkan dan menjimatkan kami combine birthday walaupun sebenarnya birthday tak sama pun haha lantak la budak-budak mana tau kan? Kekekeke.



Ha tengok, dia punya stress nak plan birthday party Aurora sampai terasa macam nak plan majlis pengantin anak. Pening okay handle semua sendiri. Walaupun combine birthday, mommy Vanilla siap serahkan 100% untuk I handle semua. Amboi dia ni. Dia datang-datang tinggal beli cake tinggal taraaaa, settle!!! Hahaha takpe lah I pun memang jenis cerewet maybe sebab tu mommy Vanilla serahkan sepenuhnya kepadaku kekekee.



Perkara pertama yang kena fikirkan bila nak buat birthday party is venue! Dari awal tahun lagi I dah memikirkannya. First thing is nak buat dekat Johor or KL? . Since kawan memang mostly stay KL, so I decided buat dekat KL. Tapi dekat mana?? Haaa I memang cari tempat yang luas (which is I can invite my unlimited friends). I tak suka yang bayaran foods ikut per head. Susah nak invite and kira budget. Tempat tu kena lah selamat, and ada activity for kids.



@blokke.my is the best place! 6bulan sebelum I dah booked! Tempat ni memang kena book awal. Indoor playhouse dia tertutup. I sengaja pilih this place for party sebab nanti kids main dekat playhouse, parents boleh catchup each other dekat cafe. Tak payah risau bila Aurora hilang, confirm ada dalam tu. And yesss!! Blokke Cafe allowed outside foods!!!! Itu yang paling memudahkan! 



Benda seterusnya yang kena fikir bila buat birthday party ni adalah birthday cake!! Aurora memang dah pesan awal-awal, cake dia mesti ikut tema Doc Mcstuffin juga. Setiap tahun, I memang tempah cake dari @wahdi_le.chouette.macaron ! My favourite!! Design memang tiptop! Rasa cake dia jangan cakap lah, tak mengecewakan langsung. .Cuma kali ni pening sikit, mereka penat cari toys for deco untuk tema doc mcstuffin. Tak jumpa. Akhirnya Totin decide suruh buat macaron mcstuffin cantik-cantik. Taraaaa! Cantik sangat!!! .



Untuk cake Vanilla, mommy vanilla beli dekat @wondermilk . Simple dan sangat sedap!! Wondermilk memang tak pernah mengecewakan! Kek ni mommy Vanilla beli last minute je dekat kedai Wondermilk bawah CittaMall ni. Haha sempoi betul.
Alkisahnya lepas potong cake, masing-masing sibuk, sampai terlupa nak agihkan cake. Ya Allah maaf sangat, dah lewat petang baru kami bagi cake. Siapa sempat je dapat merasa. Ampunnn 😞



Seterusnya pasal foods pula! Foods pada birthday aurora haritu semua from my uncle/auntie (Busu Timah Catering) chewah nama komersial. Tak tahu nak bagi you all makan apa. Mula-mula ingat nak buat high tea je tapi kesian pula tiba-tiba takut ada yang datang dengan perut kosong. So I decided buat nasi ayam dan kuih-muih. Tiba-tiba teringat terlupa buat buah-buahan. Haha nampak tak totin bab makanan ni memang tak pandai langsung.


Selain tu, I ada order sikit kuih  viral @keriakd . Mula-mula nak order lebih, tapi takut tak habis sebab dah ada kuih lain juga. Ya Allah minta maaf tak sangka kuih keria viral ni menjadi rebutan. Jangan kan uolls, I sendiri tak sempat rasa walaupun secalit gula pun tidak. Sob sob. Next time I suruh derang masak keria terus dekat situ ok? Tak de alasan tak cukup lagi. Gambar kuih pun takde, photographer I @wanzerowan tak sempat ambil gambar makanan, dah kena serbu. Korang memang datang sini memang betul-betul lapar eh?

 
Ice cream malaysia from @myfizro , yang ni pun ramai puji sedap dan tak cukup. Memang betul-betul tak boleh budget berapa nak beli. Maaf siapa tak dapat. 😔 . Lepasni memang totin tempah siap freezer sekali rasanya. Sedih sebab totin sendiri tak dapat rasa. Menyesal tak rasa dulu. Rasa nak beli semula je. .


Pulut kuning birthday cake dari @de_iedasyafiah . Last minute tempah sempena birthday adik totin @nazimnaif58 pada 6hb oct aritu. Lepastu lupa nak potong pulut kuning tu. Birthday boy layan diri sendiri, potong pulut kuning sendiri. Wahaha. Nasib totin sempat merasa secalit dua. Memang sedap! Menyesal tak makan banyak! 




By the way, maaf kalau ada kekurangan. InsyaAllah tahun ni kalau ada rezeki boleh buat lagi. Tapi tergantung lah kalau dapat sambung study maybe tak sempat kot nak berparty cenggini. 



The cousins

Geng KL

Geng sekolah menengah/ sekolah rendah

Geng  MIRC/ YM/ Blogger #kronikus

Geng UTHM (Padahal tak study sana pun..)

Geng Shah Alam

Sahabat dunia akhirat.

Dan ramai lagi kawan-kawan yang datang, terima kasih banyak-banyak! Siap ada yang sanggup datang dari jauh. Terharuuu. Cheh padahal kita pun datang dari Johor gak. Kekeke. Insyallah, see you next year ok guys!



p/s: yang ada @ semua menunjukkan instagram id mereka. nampak tak I just copy paste caption dari instagram je untuk update blog ni. Senang! wakakakak tak payah taip banyak kali. HAHA.

1 comment:

  1. Punya la lamaaaa baru update
    Hahahahahaha
    Weh tahun ni kat manaaa..

    ReplyDelete

Birthday gifts ideas for Aurora..

Hai, birthday Aurora nak dekat. Yea, as usual setiap tahun Aurora akan buat birthday party! Actually ingatkan tahun ni nak rest, sebab banya...