Saturday, February 24, 2018

Godiva at Genting

17Feb18 aritu naik Genting. Buat kerja gila pukul 6.30 petang terus decide nak pergi Genting dari Putrajaya. Time cuti raya cina pula tu, nasib baik jalan tak jammz! (Yelah orang lain semua nak turun Gentang malam-malam, kita baru nak naik Genting. keh keh keh.



Akhirnya dapat juga merasa Ice Cream Godiva ni!!! Punya lah kecur bila orang asik post je gambar ice cream ni. Nak drive naik Genting sendiri memang mimpi lah. Tak sangka haritu ada yang pelawa nak bawakan ke Genting. Apa lagi, benda pertama dalam fikiran adalah ice cream!!!!


Harga satu cone RM25 . Amboi mahal kemain. Kempunan punya pasal, tutup mata je lah. Ada 3 pilihan ice cream. Vanilla, Chocolate and mix. Disebabkan I jenis tak pandai nak buat keputusan, so I pilih mix. Muka happy habis dapat icecream!




Cakap dengan Aurora, kita share ok Aurora? Kita share ok? Nasib baik Aurora tak merengek nak ice cream juga. Dia macam tak berminat pula. So yeah, beli satu cone yer. Cukup lah sekadar merasa.
Puas hati dapat makan. Walaupun sikit dan tak puas sebenarnya. Makan sikit je, Aurora jamah sikit. Terus dia tergoda dan tak bagi semula. Dia nak amek semua. Mommy nak pegang pun dia gak bagi. Ok itu tak apa lagi.

Yang sakit hatinya, lama-kelamaan ice cream yag aurora pegang tu JATUH. Kah kah kah tak kelakar. Kecik besar kecik besar je mommy tenggokkan tau.

Apa-apa pun, thank you papa Aurora, bawa jalan-jalan Genting. Tak beli apa pun sebab dah terboros shopping duck minggu ni. Bhuahaha. Menganga melopong je kat sana. Janji dah sampai kan! 

No comments:

Post a Comment

Chaah festive Eid Party!

Alhamdulillah, our clinic raya open house went well. I had nothing to worry about because everything went so smoothly. We invited the Kg...