Saturday, February 10, 2018

London!

Dari zaman kanak-kanak memang bercita-cita nak pergi London. TotinJamain dan hidup dalam angan-angan memang tak dapat dipisahkan. Kalau masa kecik-kecik bila tanya, dah besar nak study dekat mana. Nak study LONDON!!


Tapi kesudahannya study INDON bukan LONDON. Don don je hujungnya, bunyi nak dekat sama. Jadi lah. Bila dah kahwin, bercita-cita nak honeymoon dekat London, kesudahannya sampai dah bercerai pun tak sempat nak honeymoon lagi bhuahahhaa.

2017 memang I work hard extravaganza. Memang plan nak pergi europe akhir tahun. Setahun menabung. Sengsara juga, tapi worth it! Berbaloi kalau nak difikirkan impian dari kanak-kanak, tak salah menabung sendiri untuk tunaikan kepuasan sendiri. Bukan kacau duit orang pun kan?

Pergi naik Oman Air, transit dekat Muscat 2jam. Ingatkan dapat lah menikmati muscat sekejap tapi hampeh. Flight dari KL delay jadi sampai Muscatt berkejar kejaran mengejar flight yang seterusnya. Kalau sendiri tak apa, ni dengan bawa Aurora lagi. Tengah perangai dia yang jetlag mengantuk dari atas flight minta dukung masa transit lagi. Payah oh memang payah. But Alhamdulillah, mommy berjaya ignore her cranky time. Nak dukung dia menang tak boleh la sebab bag dah penuh kiri tangan. Jadi nak tanak dia memang kena jalan sambil berjurai air mata. Drama here and there.

Along the journey okay je. Dalam flight banyak membuta. Agak-agak dah tak boleh tidur lagi, Aurora tengok movie dalam flight. Nasib baik banyak cerita cartoons dalam flight tu. Mengekek rora tengok sambil pakai headphone. Touch down London awal pagi. Memang plan sampai London je nak terus jalan-jalan. Malam baru lepak hotel terus rehat. Ewah ingatkan okay je. Sebab selalu travels memang macam gitu. Malam baru rehat hotel. Kan?



Noooooo. This time was not that easy. Maybe terperanjat dengan cuaca. Kami dari Malaysia, so tak pakai longjohn pun dalam tu. Terus sarung winter coat. Membeku semacam. Tambahan pula body dah penat dalam flight lama-lama. Muka sememeh mengantuk. Explore London pun dalam keadaan mamai-mamai. Kalau tengok gambar pun sebenarnya kami separuh sedar. Tak ingat sangat kami visit apa je dekat London tu. Hahaha.



Nama pun tengah blur. Masa sampai Buckingham Palace ni I dah blur. Ni tempat apa eh dah lupa. Kenapa orang berkumpul kerumun satu tempat. Ah malas nak berasak-asak jadi I pun melayan perasaan berdua dengan Aurora, bergambar syok sendiri dah alang-alang sampai kan. Masa ni Aurora memang cranky abis sebab kesejukan. Nak dukung sahaja. Jadi memang tak ada mood langsung nak bergambar. Dah balik tu baru terperasan yang orang ramai-ramai tu tengah tengok skuad istana berarak rupanya. Hahaha ampeh memang tak terfikir masatu.


Masa sampai London Bridge ni dah okay sikit. Mungkin kawasan ni ada burung burung yang banyak. Aurora ni spesis suka haiwan. Jadi kalau nampak burung terus dia berlari main dengan burung. Lega mommy tak payah dukung. Banyak sikit boleh bergambar feeling dekat sini.







Masa sampai London Eye dah petang. Mata pun dah mendayu-dayu. Cuaca makin sejuk mengigil sampai ke tulang. Masa ni Aurora dah start cranky balik. Apa-apa pun tengah holiday, kena menikmati juga.


Belah malam pula we all explore Oxford Street. Ini syurga membeli belah. Tapi sebab we all pun baru sampai europe, jetlag memang tak habis lagi, membeli belah di waktu malam di London ibarat shopping pukul 2 pagi di Malaysia. Mamai abis memang tak ada mood langsung nak shopping. Orang nampak Primark rambang mata, I nampak katil je nak tidur. Wakkakaka teruk betul mungkin faktor penuaan. Jadi hari pertama di London memang masalah dengan kepala yang lalok anak-beranak.

Ni baru dekat London, nanti I update sambungan di lain hari okeey?

No comments:

Post a Comment

Paris!

Oh sejak ada post viral pasal the famous blogger hate Paris and won't come to that country again, terus rasa nak cakap pasal Paris. I a...