Friday, February 2, 2018

Malam Thaipusam bersama mereka.

Finally able to reunited with them. Haven't seen them in a long time. Asal nak kumpul jer, masing-masing busy dengan locum, oncall, kerja, and whatsoever. Susah bila semua ada commitment. Bila kita free dorang oncall. Bila dorang oncall, kita locum. Begitulah putarannya.


So since it was a public holiday on the next day (Thaipusam) kami pun decide nak chilled out at Kafe Seni Rumah Hoi. Very nice and artistic place. Tak sangka dekat Batu Pahat ada kedai hipster teruk macam gini. Klasik sangat tak pernah pun makan dekat sini, best place for hangout huha hingar bingar. Makanan? Errr not sure. Bau patty burger macam sedap but since semua dah makan, we all just ordered ice green tea latte jer. Memang sedap! Tak mengecewakan. Lagi lagi bila banglong Nashreen belanja. Lagi lah sedap! 





Well, sebenarnya tak nak bawa Aurora. Sebab nanti kesian dekat dia, for sure mommy balik lewat. 
Tapi si kecik ni berdegil and give me a promise dia tak mengamuk and nak jadi good girl. Siap merayu-rayu, tak sampai hati nak tinggalkan. You know me... Mana pernah tinggal anak. Aurora pun dah makin besar, tak susah pun nak handle dia sekarang. Tak ada dah cranky yang menakutkan. Dia elok je main sendiri. Bila dah mengantuk dia baring dekat sofa.


Gambar ni Aurora yang ambil. Haa berguna juga dia ikot. Dah pandai amekkan gambar dah sekarang. Well, kitorang sembang pasal patients (bosan ok sembang pasal ni, derang ni nampak otai tapi skema habau betul. Lepak pun cakap pasal patients please lah) , pasal future, pasal masalah gayboy yang melanda ;p. Macam-macam lagi. Ini lah kawan-kawan merangkap abang long yang banyak tolong susah senang kita. Sembang punya sembang tak sangka dah pukul 1 pagi. Sampai brother kedai tu dah jeling siap bunyikan loceng menunjukkan kedai nak tutup. Bhuhaha. 


Bell pun join juga. Masing-masing datang lepak lepas pergi gym and exercise. Tu semua bersinglet berbaju sukan. I je yang molek pemalas nak exercise malam. HAHAHA. Banglong dekat belakang tu dah bising suruh start gym balik. Adoi malasnyaaaaaaaaaaaaaaa -_-


No comments:

Post a Comment

TotinAuroraTakeYogyakarta : Hotels in Yogyakarta

Yogyakarta memang dah cukup terkenal. Sejak cerita AADC2, makin menjadi-jadi tempat-tempat wisata ( peranginan ) sekitar Jogja. Selama 6 t...