Tuesday, February 13, 2018

Paris!

Oh sejak ada post viral pasal the famous blogger hate Paris and won't come to that country again, terus rasa nak cakap pasal Paris. I admit about what they said. Pasal pickpockets tu semua. That's all true. But actually not just in Paris. Dekat mana-mana pun sama especially in all Europe country. Lagi-lagi masa musim sejuk, semua orang pakai winter coat, tebal dan berlapis-lapis, jadi bila baju kena seluk tu memang tak perasan. BUKAN DEKAT PARIS SAHAJA OK. Di mana-mana. (I nampak pickpockets  dekat London, that guy duk ikut je this malaysian makcik punya bag sandang. But tak jadi ambil sebab her groups of friends macam sedar ada strangers masuk dalam group mereka)

Dengan I yang travels with my 4yo daughter, imagine how I handle this. Susah ok. Sebab tu bila travel I memang tak pegang handphone. (Susah nak buat instalive) bhuhahhaa. And I pakai backpack walaupun tak bergaya tak apa janji selamat dan selesa. My backpack from TUMi. I really love it. Senang. Tak berat. Imagine dalam tu ada susu rora, termos air rora sebab I jenis kalau buat susu kena ada air suam, telkung, kain alas solat, botol air.. dompet I tak bawa. Duit and passport I akan masukkan dalam kocek kocek sulat dalam bag TUMI. That's why I suka bag tu. Pencopet nak amek pun payah..mereka akan jumpa kain telkung bagai sebelum jumpa duit. Tapi duit chain kecik-kecik I letak tempat paling mudah and senang tak adalah nak selongkar bag keluarkan duit. Duit kecil kalau hilang tak apa lah tak menyesal mana. Kalau passport hilang kan naya?

Akhirnya sampai juga dekat Eiffel Tower. Satu-satu nya impian dari kecil nak pergi tengok besi buruk ni. Lagi lagi bila dulu terlalu taksub dengan cerita Eiffel I'm In love. Pergh hari hari ulang cerita tu sampai dialoq pun dah hafal. Tapi kecewa bila sampai Eiffel Tower je, hujan renyai renyai pun turun. Cuaca jadi gloomy mendung awan berarak. Padahal dah plan nak amek gambar lawa-lawa masa dekat sini. Dah terbayang matahari mencanak dan posing macam macam sekali hampa. Tak apalah. Bergambar dengan becak pun okey janji dah sampai. Nasib baik memang bawa payung dari malaysia sebagai persediaan (gigih kan bawa payung bagai) nampak sangat jimat kedekot tak nak keluar duit beli payu g dekat europe. Dekat europe beli handbag la buatpe beli payung? Bhuhaha

Anyway, dalam banyak-banyak country I pergi dekat Europe, I paling suka Paris. Haha terbalik pula dengan blogger tersebut. I don't like London because of the currency and masa sampai sana, baru touch down from Malaysia and jet lag. Aurora plak terperanjat dengan weather so dia cranky semacam. Memang payah masa first day nak jalan tu. Tak dapat menikmati London pun. Shopping Oxford Street pun nak dukung je. Memang tak seluk duit langsung lah. Tapi bila dah sampai Paris, cuaca tak sejuk sangat. Aurora pun dah ok dan tak jet lag lagi. Dah happy tak nak balik Malaysia. Haha. And tak puas nak explore Paris sebab banyak sangat tempat best. Makanan halal pun bersepah sepah rasa nak try semua adalah.

Selalu tertanya-tanya dekat mana orang ambil gambat segitiga glass ni. Rupanya di sinilah The Louvre museum tempat penyimpanan potret monalisa itu. Tak ada apa yang menarikpun. Datang sini sekejap sambil bersantai santai ambil gambar sahaja. Dengar cerita kalau datang malam lagi cantik lampu-lampu sekitar sini?


Ni masa shopping outlet dekat La Ville. Ala-ala macam JPO tapi ni besar gila boleh patah kaki nak explore. Disebabkan dekat London aritu tak shopping sangat, dekat sini lah I menghabiskan segala harta kekayaan yang ada. Wakakkaa. Waktu ni pun cuaca molek tak sejuk sangat (atau kami dah seminggu lebih dekat europe masa ni rasanya sebab dah sebati) jadi sempat la shopping sakan explore semua benda. Setiap kedai kami explore. Beli lah handbag seketul dua asal murah je beli. Sampai sekarang terkebil kebil sebab ada lagi 3 handbag tak pakai lagi masa beli tu. Rasa nak sodokah sahaja kot. Kakakahh #membazir


Walaupun masa dekar Notre Dome Paris ni sempat tertipu dengan jejaka handsome nampak friendly abis bertegur sapa dan nak tolong ambilkan gambar Aurora main burung. Pandai betul dia rappo sampai I pun tergoda melihat mata biru nya. Oh sekali dia pau kami 90euro ampeh betul. Tak apalah halalkan sahaja, anggap lah itu kerana kealpaan I dengan ciptaan Tuhan (sebab dia handsome sangat bhuhahaa)

Kesimpulannya, travel mana-mana pun kena extra careful. My very bad experienced while traveling when I was in Hongkong. Handphone kena copet and masatu tak bawa camera pergi travel. Bajet nak amek gambar pakai handphone je, last last? Wakakkakaka siap report polis bagai but stilll, I tak pernah menyesal and never hate Hongkong. I belajar dari kesilapan dan kecuaian diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Paris!

Oh sejak ada post viral pasal the famous blogger hate Paris and won't come to that country again, terus rasa nak cakap pasal Paris. I a...