Saturday, February 3, 2018

Sawah Padi Sagil, Batu Pahat.

Batu Pahat ada sawah padi. Percaya tak? Okay, sebenarnya I pun baru tahu. Sebelum ni pernah juga dengar-dengar cerita tapi tak terfikir yang tempat ni sangat cantik dan menenangkan. Lagi-lagi bila dekat tengah-tengah sawah padi ni ada pondok warong jawa buat ngeteh. Syahdu sangat! Nampak tak Totin dan makanan tak dapat dipisahkan. -_-




Sebenarnya nak pergi sini untuk capture duCkscarves contest dengan scenary sawah padi. Tapi malangnya pergi dah lewat petang (sebab habis kerja pun pukul 6petang, terus zoom pergi sini) dan paling menyedihkan cuaca hujan renyai-renyai. Jadi cuaca pun gloomy semacam. Kecewa betul. Nak capture gambar sunset pun tak dapat. End up gambar awan seram sejuk macam mendung tak berawan. Uhuks uhuks.



Takpelah, kalau tak, memang tak sampai sini kan? Actually Sawah Sagil ni tak jauh mana pun. Kalau dari pekan Parit Raja tu, lurus sehingga simpang kiri sebelum ke Air Hitam. Boleh buka waze supaya tak sesat. Jalan terus masuk ke dalam, sampai lah jumpa jelapang padi. Bila dah nampak sawah padi, akan nampak satu pondok kecik, warong untuk ngeteh. Banyak kereta parking area warung tu. Masa I pergi banyak kereta la, mana tau masa korang pergi takde kereta tu nasib korang lah. 



Yang bestnya makan dekat kedai ni semua sedap-sedap! Chakuih dia lembut dan padu. Soto and Mee bakso truely jawa! Kenapa I cakap cenggitu? Sebab bakso yang siap dengan sos merah and (no taugeh) is the real bakso. Bakso yang letak taugeh tu bukan bakso yer tu mee sup bebola daging. Haha. Makan dengan menikmati tiupan angin dingin tepi sawah, sambil cerita masa depan yang tak nampak kecerahannya. Terus rasa melankolik je jiwa raga.


Thank you sahabat jawa ku yang bawa daku explore tanah jawa ni. Lepas ni nak try makan sup rawon plak! Yang tu I belum explore lagi. Dengar cerita sedap sehingga menjilat jari sehingga menjadi tempat tumpuan bapak bapak mas mas parit rojo? Next time okey!

No comments:

Post a Comment

Paris!

Oh sejak ada post viral pasal the famous blogger hate Paris and won't come to that country again, terus rasa nak cakap pasal Paris. I a...