Monday, February 26, 2018

Switzerland!

Dekat 3 tahun simpan gambar Switzerland sebagai wallpaper dekat laptop. Asal buka laptop je merenung gambar tu. Pejam celik pejam celik tak sangka akhirnya dapat main snow dekat Switzerland!



Subhanallah cantik sangat! 

Masa dekat Swiss, tak pergi bandar sangat, memang niat nak pergi Swiss untuk tengok scenary jer. And yang paling penting, nak main snow! First time nampak snow dah rasa jakun semacam. Mula-mula ingat nak pergi mount Titlis, tapi bila baca review, walaupun dekat situ lebih sejuk dan lebih tinggi, tapi tak ada apa ibarat padang salji putih tanpa scenary yang menarik. Jadi kami pon decide nak pergi Murren je. Sejenis perkampungan di pergunungan Murren. Nak pergi sini naik train ala-ala macam dekat bukit bendera tu. Tak adalah lama sangat beratur, kebetulan masa pergi ni memang tak ramai orang.

Ni gambar antara salah satu train station sebelum sampai ke kemuncak Murren. Sementara tunggu train sampai sempat lagi kami berposing.



 Nampak tak betapa jakunnya bila jumpa snow. Sebelum ni duk main snow tiruan je. Adalah sekali jumpa snow cenggini masa dekat Korea tapi tak tau kenapa snow dekat Swiss ni lebih gebu dan lembut. Macam gula-gula kapas tu lembutnyaaa. Sampai-sampai je memang terus guling guling la kami padahal tak sedar ada anjing sana sini entah-entah anjing tu dah kencing berak ke apa dekat snow tu kan? Haha #jawajakun 





Aurora antara yang balik excited nak pergi sini. Dari dekat Malaysia lagi dia dah cakap, nak jumpa Olaff (watak dalam cerita Frozen) dekat snow. Dia memang taksub dengan cerita Frozen tu sampaikan Olaff tu dia ingat memang sejenis hidupan snow yang boleh berkata-kata seperti dalam cartoon Frozen itu. Siap beli kasut Olaff dekat butik Adidas masa jalan-jalan dekat Outlet London. Katanya nak tunjuk dan bagitahu dekat Olaff betapa fans nya dia dekat rancangan Frozen tu.


Tapi kasihan. Kecewa betul dia bila tengok Olaff hanyalah patung snow biasa. Buruk pula tu. Wakakaka. Siap tanya, mommy kenapa Olaff senyap je tak bercakap apa-apa. Lola nak bagitahu Olaff macam-macam! Bertabahla yer .



 Dekat Swiss takde maknanya Aurora nak dukung. Dia leka abis main snow. Yang kelakarnya, time nak pergi snow ni boleh pula I lupa bawa hand glove. Tengok tu I pegang snow tanpa glove. Konon macam gagah la sekali lama-lama terus kebas membeku. Nasib baik tangan tak berapa besar, ada bawa extra glove Aurora, so pinjam glove dia je. Fancy-fancy sikit Nampak kekanak sikit..


Gambar belakang tu mountain yang real tau. Bukan gambar backdrop dekat memana!



Banyak aktiviti boleh buat dekat atas Murren ni. Boleh main ice skating, ice board, memacam lagi lah. Semua boleh sewa, tapi memandangan segala macam harga dekat Swiss ni tinggi, jadi malas nak sewa or beli apa-apa. Even keychain swiss kecik kenotet pun harga dah 7-9euro. Cekik darah betul.


So yeah, lihatlah gambar posing sis sampai muntah key? 



Sebelum ice kepal milo tu viral, Aurora dah buat dulu dah ice kepal snow!




Tak lama pun dekat atas gunung Murren tu. Lama-lama duduk atas ni boleh beku jadi snowman. Hotel Jungfrau ni antara hotel best spot dekat atas Murren. Pemandangan sangat cantik dari hotel ni. Sempat masuk sekeja jumpa owner dia, sebenarnya bukan niat nak tidur sana pun, niat masuk dalam tu sebab dah beku dekat luar tu yang lepak lobby sekejap. Borak punya borak rupa-rupanya owner adalah orang Malaysia dari Sabah. Mak aih jutawan mana la dia tu. Tokey balak rasanya.



Yang ni bila kami dah turun dari mount murren. Ada la town kecil dekat bawah murren, namanya Interlaken. Macam zaman P Ramlee pulak. Seperti yang dikatakan, dekat Swiss ni semua mahal-mahal. Currency pakai Swiss Franc.Tukar duit pun tak banyak. Ingatkan sengaja tukar tak banyak sebab katanya kalau takde duit Swiss Franc, pakai euro pun boleh. Masalahnya tak tahu nak beli apa. kakakah. Lagipun tak ada apa yang menarik dekat sini. Kebanyakkan jual jam. Katanya jam tangan dekat sini murah-murah esp jam tissot dan sebagainya. I pula bukan jenis pakai jam. Beli jam pon tak pernah. Tapi dalam tak tahu nak beli apa tu, Aurora sempat la paw mommy handbag Frozen dia. Huhhh jauh betul beli barang Frozen. -_-







Sekali lagi terjumpa kedai orang Malaysia belakang tu. Kedai jual survonirs. Penat haku speaking nak beli ole-ole Swiss, aleh aleh dia balas cakap melayu. Nasib tak cakap jawa. Nasib.

Overall, Swiss memang best. Lebih kepada pemandangan yang cantik dan memberi ketenangan. Sepanjang dekat Swiss asik istighfar banyak ingat Tuhan. Terus ingat besarnya dan hebatnya kuasa Allah tu sampai boleh tunjuk pemandangan indah cenggitu depan mata sendiri. Untuk shopping-shopping dan makan-makan halal memang payah dekat sini. Kami tak bermalam dekat Interlaken pun sebab bosan. Lewat petang terus balik, tidur dekat sempadan German. 

Nanti bila free, I sambung cerita dekat tempat lain pula ok?

No comments:

Post a Comment

Chaah festive Eid Party!

Alhamdulillah, our clinic raya open house went well. I had nothing to worry about because everything went so smoothly. We invited the Kg...