Sunday, February 11, 2018

Viral oh viral

Kesihatan dan viral memang tak dapat dipisahkan. Kementerian yang paling banyak jadi isu viral adalah kementerian kesihatan lah. Sampaikan setiap kali kalau ada meeting daerah, meeting negeri dan mana mana perjumpaan mesti akan diingatkan tentang isu viral. Hati-hati dalam bekerja dan yang penting kena ikhlas.

I memang paling takut isu viral ni. Menyampah betul kalau asik-asik buat kerja, diugut untuk diviralkan. Tipu lah tak pernah. Rasanya kebanyakkan staff kesihatan mesti dah banyak kali kena ugutan macam gitu. Menyampah. Kita kerja ikhlas, tapi ada je kesalahan sepele yang nak dijadikan viral.

Kisah yang terjadi baru-baru ni, I kerja part time sebagai doktor ganti di salah sebuah klinik swasta. Ada satu pesakit remaja lelaki yang baru kemalangan jalan raya, datang bersama ibunya. Pesakit stabil. Berjalan masuk ke klinik. Tapi terdapat luka-luka di tangan dan kelihatan tangan kanan tergantung pada kain buruk buatan untuk menyanggul tangan kanannya yang katanya sakit jika digerakkan. I suspect tangan dia patah di bahagian pergelangan tangan. Nama pun dekat klinik swasta, jadi kami tak ada xray. I suggest elok-elok suruh ibu pesakit bawa pesakit ke hospital untuk xray dan pemeriksaan lanjut. Ibu pesakit kata tak mahu ke hospital. Lambat. Dia nak buat xray di klinik swasta yang ada xray. Lantak lah nak buat dekat mana pun yang penting kena xray.
I cuma tukar kain buruk di tangan pesakit dengan kain anduh sementara pesakit nak ke klinik lain. Kain buruk tu staff sempat bagitahu "kain ni saya buang yer" lalu staff saya pun buang lah. Kemudian pesakit pun beredar....

Selang 30minit kemudian, ibu pesakit call klinik dan marah-marah.

"Saya tak puas hati kenapa doktor tak buat apa-apa dengan anak saya tapi bayaran mahal? Kenapa buang kain(buruk) yang anak saya pakai tadi? Saya tak peduli, saya nak dalam masa 1 jam lagi doktor tadi kena hubungi saya semula kalau tidak saya akan viral kan klinik ni!!! "

Laaa.. ingatkan sibuk nak datang klinik swasta, duit dah banyak sangat. Rupanya bukan sahaja duit tak ada tapi akal pun tiada. Klinik tu bukan klinik saya dan saya tak tahu menahu pasal bayaran. Dan amboi, doktor tak buat apa-apa? Yang duk check tangan anak dia tu apa? Duk pakaikan kain anduk tu apa? Takkan la bila doktor dah suspek patah nak doktor pusing2 twist tarik tarik buat lipatan dekat tangan tu? Mestila pegang molek-molek jer. Kalau doktor ahli nujum, doktor dah xray tangan tu pkai firasat yang ada. Dan kain buruk tu pun nak? Amek lah kakkkk.

Untuk pengetahuan semua, cas klinik swasta memang begitu. Asal buka je pintu bilik doktor, consider consultations dan dikenakan bayaran. Sila lah faham. Kalau rasa terlalu mahal, apa guna kementerian sediakan klinik kesihatan dari kerajaan. Apa guna kerajaan subsidikan berjuta ringgit untuk perawatan kesihatan. Jadi disitulah tempatnya. Jangan merungut ramai pesakit, sebab mereka semua nak dapatkan rawatan sama macam awak juga. Syukur dekat Malaysia ni kerajaan banyak bantu, kalau negara lain? Dapat bayangkan tak berapa banyak kita kena keluarkan untuk kesihatan?

Okay kalau akak nak viralkan, saya dah siap dah awal-awal jawap dekat entry blog ni. Haha.


Saja gambar selinga. Pesakit paling eksen.

Tetau lah kenapa pesakit ni murung sangat..

1 comment:

  1. Habis, dtg ke amik blk Kain buruk dia Tu? Adoii makcik pon..

    ReplyDelete

TotinAuroraTakeYogyakarta : Hotels in Yogyakarta

Yogyakarta memang dah cukup terkenal. Sejak cerita AADC2, makin menjadi-jadi tempat-tempat wisata ( peranginan ) sekitar Jogja. Selama 6 t...