Saturday, March 24, 2018

Aurora's Family Sport Day !

Tahun lepas tak pergi sports day school Aurora. Tak ingat lah sebab apa. Rasanya sebab kami melancong kemana entahlah lupa. Tahun ni Aurora memang memujuk abis suruh mommy datang teman dia. Sebenarnya memang ada locum haritu. Tapi alih-alih klinik tu cancel sebab public holiday, Sultan's Johor birthday so memang tak kerja pun haritu. 

Sengaja sakat Aurora, bagitahu dia mommy tak boleh pergi. Kebetulan haritu memang tak ada orang lain yang free. So acah-acah Aurora, mommy pun work juga harini. Menangis dia. Setiap hari pujuk suruh teman. Tak nak orang lain teman. Nak momny juga. 


Semangat dia pagi-pagi dah siap nak pergi bersukan. Selalu bangun pagi nak mandi pun liat. Kalini bangun sendiri. Amazing! Siap sempat practice lari-lari lagi dekat rumah. Katanya nak jadi juara. Hamboi. 

Start pukul 8 pagi. Kami datang lewat sikit pukul 8.30 pagi. Sukan ni buat dekat sekolah berdekatan rumah je. Tak jauh. Jadi tak ada lah terburu-buru sangat. Sampai-sampai je terus senamrobik pemanasan badan. Aurora nampak terkapai-kapai mencari sahabat.  


Tapi kawan baik dia tak datang. Nampak la muka dia macam kecewa. Dia kelihatan tak bercampur dengan rakan lain. Cuma nak berkawan dengan Madiha sahaja. Tak tahu lah kenapa. Yang ni gambar dia dengan Zara. Nak kata classmate dia semua chinese, sebab tu dia tak ada kawan, tak juga. Sebab Zara ni melayu, tapi dia tak campur juga. Kecik-kecik dah pandai memilih kawan. 



Yang kelakarnya, masa tengah game boleh pula ada pengumuman, "Mommy Aurora mana? Boleh tolong ambil gambar tak? kami lupa nak panggil photographer" HAHA ok kelakar. tak pasal-pasal kena jadi bidan terjun. Nasib baik lah tergerak bawa camera. 

Berlaku sedikit drama sebelun game start. Game actually pairing ibu dan bapa. Tapi I datang sorang tak ada partner. I tarik Aurora from that game. Kita takde partner lah rora. Macam mana nak main. Lalu Aurora pun nangis mengeluarkan air mata emas permatanya. *drama starts*

Haduh luluh. Nasib lepas tu ada adik-adik tolong main game jadi partner kami. Janji dapat main. Rora menang no 3. Suka betul dia. Maybe sebab bantuan adik tu lari laju dalam guni . 

Yang ni pula game for mommies. Berjalan kepit belon. Aduh sengsara ok. Payah rupanya. Perlukan kesepakatan. Tak sangka boleh memang. Ada bakat jalan kepit belon rupanya. 


Para-para ibu dan anak yang menang. Jadilah buat hiburan di saat cuti umum johor ni. Penat penat kerja, sekali sekala main sukaneka begini terhibur juga.. 

Muka rora yang masam tak ada mood sebab takde geng katanya. 



Tak apalah lola, mommy kan geng rora sepanjang hayat rora. No worries key. 


Bergambar beramai-ramai. Rasanya student qdees batu pahat ramai lagi. Ni only half of it. Itupun dah meriah abis! 




Sunday, March 4, 2018

Farewell and thanks for the memories.

Hai! Saya dah rajin menulis blog. Amazing tak. Sejak guna blogspot ni, senang sikit nak update blog pakai apps dekat handphone je. Tak payah buka laptop. Almaklum lah sis sekarang ni tak ada laptop, nak beli tapi kurang berkemampuan pula sob sob. Tak sangka blogapot boleh update pakai apps dekat handphone je. Bolelah update blog sambil guling-guling atas katil.



Selasa lepas (27/02/18), kami kumpul ramai-ramai seluruh staff klinik. Awal pagi lagi I dah bagi arahan pada staff dekat whatsapp group "Petang ini akan diadakan Taklimat Pemakanan jam 4petang di bilik mesyuarat. Kehadiran DIWAJIBKAN. Please be on time!" Kena acah-acah garang sikit baru semua datang on time kalau tak mesti terhegeh-hegeh. I cukup pantang kalau tak punctual ni. 

Taklimat pemakanan konon. It's actually not. Ini acara makan-makan bukan taklimat pemakanan. It's our pembantu farmasi farewell party (kak Huda) and birthday celebrations for January-Feb-March babies. Celebrate semua sekaligus. Senang !!


Birthday babies yang not so babies. Semua pakat potong cake sama-sama. 



Dekat sekitar klinik memang ramai yang pandai buat cake. Jadi kalau ada celebration apa-apa, staff klinik memang dah tau nak order cake macam mana. Cake mereka memang tak pernah mengecewakan. Apa jenis cake pun marvelous. 


Thank you kak Huda! You are the great asset not only to the pharmacy department but to me. Your 
help has made my job very much easier and fun. Take care and thanks for your kindly assistance.
My heart just keep thanking you for everything that I have learned from you. T_T


Everything from GRANDEUR BOUTIQUE! 
(32 Jalan Padi Emas 1/4, Bandar Baru Uda, Johor Bahru) #freemarketing









Bukan anak dara.
Anak dara dan janda. bhuhahahaa


Antara farewell party yang paling ramai staff kami kumpulkan. Itupun ada minus 2 orang staff oncall yang ada ambulans call. *Sigh* bila dah alang-alang kumpul semua ni, kami pun buat sesi photography staff. Thanks to my colleague Dr Qidran 's dslr yeaaa dapatla kami berphoto photo cun. Nasib baik camera hebat, gambar indoor pun lawa. Actually plan nak shoot outdoor, tapi hujan pula.





Gambar formal is a must. Tujuan utama sebenarnya untuk gambar banner dan bunting FDC. Misi tahun baru, nak memperkukuhkan program FDC dekat klinik. Ecehh.


Tapi niat nampaknya terpesong dengan gambar gambar tak berapa senonoh begini.



Sebab tu lah patient tak berani ganggu saya. Saya sentiasa diapit dua bodyguard yang sentiasa disegani ramai. Hahahakkk

Okaaylah ngantuk. Tadi masa mula-mula nak menulis rasa macam banyak betul nak update dalam ni. Tapi bila lama-lama mata terus tak boleh buka ni. saspen betul ni tak tahu kenapa mata tak boleh celik ni. TolongggggggggZzzzzzzzzZzzzz

Nite.

Thursday, March 1, 2018

Why you are so...... Blurry?

Korang pernah dengar tak orang kata, kalau dalam satu kelompok kawan tu, mesti akan ada seorang perangai yang pelik. I also have a solid group of friends. Setiap seorang ada perangai pelik yang whatever sangat. But for me it's part of our strengh. Kalau semua perangai plain je kan bosan. My highschool bestie called Aliens. Kami ber6. Memang perangai masing-masing macam Aliens! Nak explain sesorang rasanya letih nak menaip seminggu cerita pun tak habis.

Dalam kami ber6, ada salah seorang dari kami yang very the blur person.  bVery outdated especially pasal artis and gossip. Maybe she's not into social media. Facebook and ig pun suam suam kuku je dia buka. She is into family thingy, very busy with her life instead of social media ni memang dia tak sempat. Anyway, she's a doctor. Dia just outdated pasal issue semasa, kalau pasal medicine definitely not. (Very the skema person)

So yea, yesterday we talked about some issues. Then tiba-tiba tercerita pasal artis, Neelofa and her hijab launched. Ok nasib baik dia kenal neelofa. Then pasal nora danish baru bersalin. Tiba tiba dia cakap Bossned(husband Nora Danish) pernah kahwin dengan Fasha Sandha. Sebab tu Fasha Gaduh dengan nora danish. Omg, kesiannya kawan saya ni. Suka putar belitkan gosip. Susah kalau ada 10 orang macam ni patutla artis selalu mengamuk bila cerita merika diputar belitkan. Bhuahhaa
And today, another issues came out. Saja nak update gossip dengan dia.


Omg kenapa dia blur sangat. Hahaahahahahaaa you made my day lah pareq!!!
Hilang segala stress bekerja.

Apa-apa pun. Itulah kekuatan kami. Definisi sahabat adalah apabila kita saling memerlukan. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Walaupun masing-masing ada perangai annoyed masing-masing, we're okay with that.

Friendship is not about finding gold and silver among the rocks of life, it is accepting each other as cold until diamonds are formed with time.

Next time, cerita pasal kesengalan yang lain pula. Good night!

Aurora's Wonderland 5th Birthday Par-Tea

Assalammualaikum, Hai uols! Macam dah boleh agak kan nak update pasal apa. Kalau entry sebelum ni pasal hint birthday present Aurora,...