Saturday, March 24, 2018

Aurora's Family Sport Day !

Tahun lepas tak pergi sports day school Aurora. Tak ingat lah sebab apa. Rasanya sebab kami melancong kemana entahlah lupa. Tahun ni Aurora memang memujuk abis suruh mommy datang teman dia. Sebenarnya memang ada locum haritu. Tapi alih-alih klinik tu cancel sebab public holiday, Sultan's Johor birthday so memang tak kerja pun haritu. 

Sengaja sakat Aurora, bagitahu dia mommy tak boleh pergi. Kebetulan haritu memang tak ada orang lain yang free. So acah-acah Aurora, mommy pun work juga harini. Menangis dia. Setiap hari pujuk suruh teman. Tak nak orang lain teman. Nak momny juga. 


Semangat dia pagi-pagi dah siap nak pergi bersukan. Selalu bangun pagi nak mandi pun liat. Kalini bangun sendiri. Amazing! Siap sempat practice lari-lari lagi dekat rumah. Katanya nak jadi juara. Hamboi. 

Start pukul 8 pagi. Kami datang lewat sikit pukul 8.30 pagi. Sukan ni buat dekat sekolah berdekatan rumah je. Tak jauh. Jadi tak ada lah terburu-buru sangat. Sampai-sampai je terus senamrobik pemanasan badan. Aurora nampak terkapai-kapai mencari sahabat.  


Tapi kawan baik dia tak datang. Nampak la muka dia macam kecewa. Dia kelihatan tak bercampur dengan rakan lain. Cuma nak berkawan dengan Madiha sahaja. Tak tahu lah kenapa. Yang ni gambar dia dengan Zara. Nak kata classmate dia semua chinese, sebab tu dia tak ada kawan, tak juga. Sebab Zara ni melayu, tapi dia tak campur juga. Kecik-kecik dah pandai memilih kawan. 



Yang kelakarnya, masa tengah game boleh pula ada pengumuman, "Mommy Aurora mana? Boleh tolong ambil gambar tak? kami lupa nak panggil photographer" HAHA ok kelakar. tak pasal-pasal kena jadi bidan terjun. Nasib baik lah tergerak bawa camera. 

Berlaku sedikit drama sebelun game start. Game actually pairing ibu dan bapa. Tapi I datang sorang tak ada partner. I tarik Aurora from that game. Kita takde partner lah rora. Macam mana nak main. Lalu Aurora pun nangis mengeluarkan air mata emas permatanya. *drama starts*

Haduh luluh. Nasib lepas tu ada adik-adik tolong main game jadi partner kami. Janji dapat main. Rora menang no 3. Suka betul dia. Maybe sebab bantuan adik tu lari laju dalam guni . 

Yang ni pula game for mommies. Berjalan kepit belon. Aduh sengsara ok. Payah rupanya. Perlukan kesepakatan. Tak sangka boleh memang. Ada bakat jalan kepit belon rupanya. 


Para-para ibu dan anak yang menang. Jadilah buat hiburan di saat cuti umum johor ni. Penat penat kerja, sekali sekala main sukaneka begini terhibur juga.. 

Muka rora yang masam tak ada mood sebab takde geng katanya. 



Tak apalah lola, mommy kan geng rora sepanjang hayat rora. No worries key. 


Bergambar beramai-ramai. Rasanya student qdees batu pahat ramai lagi. Ni only half of it. Itupun dah meriah abis! 




No comments:

Post a Comment

TotinAuroraTakeYogyakarta : Hotels in Yogyakarta

Yogyakarta memang dah cukup terkenal. Sejak cerita AADC2, makin menjadi-jadi tempat-tempat wisata ( peranginan ) sekitar Jogja. Selama 6 t...