Sunday, March 4, 2018

Farewell and thanks for the memories.

Hai! Saya dah rajin menulis blog. Amazing tak. Sejak guna blogspot ni, senang sikit nak update blog pakai apps dekat handphone je. Tak payah buka laptop. Almaklum lah sis sekarang ni tak ada laptop, nak beli tapi kurang berkemampuan pula sob sob. Tak sangka blogapot boleh update pakai apps dekat handphone je. Bolelah update blog sambil guling-guling atas katil.



Selasa lepas (27/02/18), kami kumpul ramai-ramai seluruh staff klinik. Awal pagi lagi I dah bagi arahan pada staff dekat whatsapp group "Petang ini akan diadakan Taklimat Pemakanan jam 4petang di bilik mesyuarat. Kehadiran DIWAJIBKAN. Please be on time!" Kena acah-acah garang sikit baru semua datang on time kalau tak mesti terhegeh-hegeh. I cukup pantang kalau tak punctual ni. 

Taklimat pemakanan konon. It's actually not. Ini acara makan-makan bukan taklimat pemakanan. It's our pembantu farmasi farewell party (kak Huda) and birthday celebrations for January-Feb-March babies. Celebrate semua sekaligus. Senang !!


Birthday babies yang not so babies. Semua pakat potong cake sama-sama. 



Dekat sekitar klinik memang ramai yang pandai buat cake. Jadi kalau ada celebration apa-apa, staff klinik memang dah tau nak order cake macam mana. Cake mereka memang tak pernah mengecewakan. Apa jenis cake pun marvelous. 


Thank you kak Huda! You are the great asset not only to the pharmacy department but to me. Your 
help has made my job very much easier and fun. Take care and thanks for your kindly assistance.
My heart just keep thanking you for everything that I have learned from you. T_T


Everything from GRANDEUR BOUTIQUE! 
(32 Jalan Padi Emas 1/4, Bandar Baru Uda, Johor Bahru) #freemarketing









Bukan anak dara.
Anak dara dan janda. bhuhahahaa


Antara farewell party yang paling ramai staff kami kumpulkan. Itupun ada minus 2 orang staff oncall yang ada ambulans call. *Sigh* bila dah alang-alang kumpul semua ni, kami pun buat sesi photography staff. Thanks to my colleague Dr Qidran 's dslr yeaaa dapatla kami berphoto photo cun. Nasib baik camera hebat, gambar indoor pun lawa. Actually plan nak shoot outdoor, tapi hujan pula.





Gambar formal is a must. Tujuan utama sebenarnya untuk gambar banner dan bunting FDC. Misi tahun baru, nak memperkukuhkan program FDC dekat klinik. Ecehh.


Tapi niat nampaknya terpesong dengan gambar gambar tak berapa senonoh begini.



Sebab tu lah patient tak berani ganggu saya. Saya sentiasa diapit dua bodyguard yang sentiasa disegani ramai. Hahahakkk

Okaaylah ngantuk. Tadi masa mula-mula nak menulis rasa macam banyak betul nak update dalam ni. Tapi bila lama-lama mata terus tak boleh buka ni. saspen betul ni tak tahu kenapa mata tak boleh celik ni. TolongggggggggZzzzzzzzzZzzzz

Nite.

No comments:

Post a Comment

Aurora's Wonderland 5th Birthday Par-Tea

Assalammualaikum, Hai uols! Macam dah boleh agak kan nak update pasal apa. Kalau entry sebelum ni pasal hint birthday present Aurora,...