Tuesday, April 17, 2018

A year ago..

Harini 17 April 2018. Genap setahun saya dilepaskan. Tak ada apa berlaku pun hari ini. Sengaja saya penuhkan hari saya dengan kesibukan kerja. Dengan kawan kawan kerja. Dengan patients. Kerja sampai malam acah-acah sibuk. Itu memang diri saya yang sebenar untuk larikan masalah jiwa. Huhuuuu.

Yeah ramai membawang, bising bising kenapa dah dapat suami cukup perfect cenggini, kenapa berpisah? Pandai betul bebarang zaman sekarang nak membawang. Mestilah kita fikir yang baik-baik je, yang tak baik takkan saya nak buka aib orang. Gile ke apa? Setiap manusia ada baik dan buruknya betul tak? Dan jodoh perpisahan tu semua Allah dah aturkan. Memang jodoh kami tak panjang, bukan kami tak cuba. Kami dah penat dan akhirnya kami tewas.

Apa-apa pun kami ada anak amanat Allah yang perlu kami jaga. Sebab tu kami ok ok sahaja. :)

Okaylah nak sambung tengok patients. Kang mencoret panjang panjang dekat sini kang jiwa makin melankolik pula. Malas nak melayan hati hati tisu begitu. Bye bye.

1 comment:

TotinAuroraTakeYogyakarta : Hotels in Yogyakarta

Yogyakarta memang dah cukup terkenal. Sejak cerita AADC2, makin menjadi-jadi tempat-tempat wisata ( peranginan ) sekitar Jogja. Selama 6 t...