Friday, May 18, 2018

TotinAuroraTakeYogyakarta : Hotels in Yogyakarta

Yogyakarta memang dah cukup terkenal. Sejak cerita AADC2, makin menjadi-jadi tempat-tempat wisata ( peranginan ) sekitar Jogja. Selama 6 tahun saya study sana dulu, tak ada pula tempat-tempat best cenggitu. Kalau ada pun tak adalah semeriah sekarang ni.

Awal bulan 5 haritu, saya pergi Jogja. Derdua je dengan Aurora. Saja nak mengimbau kenangan sekolah sana sambil jalan-jalan cari makan dan jumpa kawan-kawan. 5hari dekat Jogja sangat tak cukup. Banyak benda tak sempat nak buat. Sebenarnya duduk berapa lama pun takkan puas. Jogja memang sangat best!

Okay entry kali ni nak update hotel yang saya pergi je. Nanti next entry baru saya cerita tempat-tempat lain yang wajib pergi ok? Masa dekat Jogja, 2 malam tidur dekat Greenhost Boutique Hotel, 2 malan lagi dekat Lafayette Hotel. Sengaja pilih 2 tempat yang berjauhan supaya boleh explore kawasan sekitar situ.

GreenHost Boutique Hotel







Hotel ni terletak di daerah Prawirotaman, agak jauh dengan kota Jogja, apatah lagi dengan kawasan fakulti saya. Jauh. Saya sebenarnya tak pernah ke sekitar sini. Kawasan ni  terkenal dengan kawasan "bule" aka banyak pelancong asing. Ala ala macam mini Bali la ni. Mat salleh sana sini. Banyak cafe dan pub disekitar. Seronok juga sekali sekala bercuti sekitar sini, boleh cuci-cuci mata sekali. eh eh. 



Hotel ni unik. Terkenal dengan eco-friendy dan tumbuh-tumbuhan yang ditanam. Cantik buat bergambar. Kalau nak explore tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam boleh naik ke lantai rooftop. Buka dari 10pagi sampai 8malam. Saya sempat pergi sekejap je sebab tempat tu buka waktu kami berjalan explore Jogja tak sempat nak naik rooftop sangat.



Untuk yang pentingkan kamar, saya tak sarankan tidur sini. Bilik kecil je. Nama pun boutique hotel kan. Deco sangat kemas dan simple. Takde peti ais nak simpan cold water. Untuk berdua dengan Aurora boleh la. Kalau ramai-ramai nak sumbat tidur sebilik memang sempit. Luggage saya dua buah pun dah sempit tak tahu nak letak mana.




Ohya kalau stay sini, jangan lupa chillex dekat Agenda Resto and vibes , rooftop hotel. Memang sangat santai sambil dengar alunan live bands. Masa kitoang datang sini, baru lepas dinner. Jadi nak order makan pun dah tak larat. Perut dah meletop makan seharian. Tapi nak juga merasa suasana bersantai sambil layan live bands. 

Lafayette Hotel




Untuk malam ke 3 dan ke 4, saya pindah hotel lain. Lafayette Hotel terletak di Ring Road, Yogyakarta. Tak jauh dari rumah sewa saya dulu. Kira kembali nostalgia juga la ni. Dulu kawasan ni sepi, hotel ni tak wujud lagi. Sekarang macam-macam dah ada. Dah semakin pesat membangun.

Luna, my Indonesian friend pun stay sini juga. Jadi kami memang membuat haru sepanjang 2 hari di Lafayatte.


First time masuk hotel ni terus rasa kagum dengan interior design. Putih!! which is my favourite color! Sana sini putih bersih. Cantik. Dekat lobby pun dah terpaut. Pintu utama besar di hadapan lobby hotel sebagai bonus. Ditambah pula dengan hiasan piano di lobby. Dari luar nampak simple. mungkin kerana hotel ni tak ada tempat parking kenderaan yang luas. Mostly kena park outdoor. Tapi untuk pelancong yang macam saya ni tak ada effect apa pun kalau tak ada tempat parking kan?





Bilik hotel ni MasyAllah cantik sangat. Dah macam berhoneymoon pula kami. Tapi sayangnya cuma bercuti berdua dengan Aurora sahaja #loser. wakaka. Bilik hotel ni lebih besar dan jauh lebih selesa. Gulik-gulik hari-hai pun tak puas. Nak deluxe room dah penuh. Dapat twin room. Tak apalah. Janji cantik dan luas!



Corridor hotel pun cantik!




Paling suka kalau ada bathtub. Tiba-tiba jadi rajin mandi satu hari 3 kali.




Buka jendela dah nampak pemandangan gunung berapi Merapi sambil menikmati pemandangan sunset. Dari corridor boleh nampak rumah sewa lama, dekat mana tempat selalu berjimba berkaraoke setiap hujung minggu, kedai makan favourite, fakulti kedokteran, semua boleh nampak jelas. Memang mengimbau kenangan betul!






Swimming pool terletak di rooftop. Kesihan Aurora, dah plan nak mandi swimming pool, tapi tak sempat. Lagipun kolam dia dalam, tak ada yang untuk kids. Dari atas rooftop boleh nampak pemandangan gunung Merapi dengan jelas. Cantik!


Ohya, jangan lupa breakfast dekat sini. Memang sedap! Make sure datang awal dan cop duduk dekat kusyen. Baru boleh makan sambil menikmati pemandangan Jogja. Sejam saya dengan Aurora menikmati makanan. Rasa macam nak makan semua.  Berdua pun layannnn.

Muka budak ngantuk. 
Ini lah kusyen cantik rebutan tu. Puas sambil makan sambil gulik gulik.

Inilah antara 2 hotel yang saya tidur dekat Jogja haritu. Actually banyak lagi hotel yang baru dan cantik-cantik sekita Jogja ni. Harga pun tak mahal mana. Yang murah pun dah boleh dapat hotel yang bagus. Tips pertama kena tengok review. Kena make sure hotel yang kita pilih berada di kawasan yang kita nak pergi. Jogja ni besar. Kalau sila tempat boleh kejauhan hulu hulu sana. Susah nak kemana-mana. Rugi dan buang masa, sebab Jogja sekarang dah macet bukan main (jammed).

Next entry saya cerita pasal tempat-tempat yang kami kunjungi pula yer?




No comments:

Post a Comment

TotinAuroraTakeYogyakarta : Hotels in Yogyakarta

Yogyakarta memang dah cukup terkenal. Sejak cerita AADC2, makin menjadi-jadi tempat-tempat wisata ( peranginan ) sekitar Jogja. Selama 6 t...