Saturday, September 1, 2018

Birthday gifts ideas for Aurora..

Hai, birthday Aurora nak dekat. Yea, as usual setiap tahun Aurora akan buat birthday party! Actually ingatkan tahun ni nak rest, sebab banyak plan hujung-hujung tahun nak pakai duit, tapi mommy lemah betul kalau Aurora dah pujuk rayu. Nasib baik anak sorang. Tak apalah, anggap sahaja birthday party Aurora sebagai salah satu sedekah majlis makan-makan untuk kawan-kawan bila ada rezeki lebih sikit.

Nak bagi Aurora hadiah apa? Alamak jangan la pening sangat. Aurora ni simple je orangnya..

TOYS




If you go for toys, Aurora suka toys yang girly sikit. Dia bukan budak boyish yang kasar-kasar. Dia tak main pedang, pistol, dinosour mahupun transformers. Jangan beli mainan doktor-doktor sebab dah terlalu banyak mainan tu. Jangankan barang mainan doktor, barang doktor original pun ada dekat rumah tu. Haha. Jangan beli playdoh lagi sebab dah banyak, mommy malas kemas. Jangan beli lego, mommy malas kemas juga. Dia tak kreatif. Tak pandai main lego pon. Jangan beli mainan baby-baby lagi (eg Baby Alive) Dia dah tak minat baby. Dia kata dia nak jadi anak tunggal sampai bila-bila haha.

Currently, Aurora seorang collector Barbie dolls. Adelah juga beberapa collections dia. Anything related with Barbie bole lah belikan. CD movie barbie pun dia okay. Dia boleh ulang cerita tu setiap kali naik kreta. (drivernya yang bosan)





Kalau nak murah sikit boleh beli mainan LOL or Pigmi pop surprise dekat ToyRus tu. Yang tu pun dia tengah minat, tak paham betul kanak-kanak zaman sekarang. *pengaruh You-Tube*




Toys lain yang dia minat.. err yang famous dekat youtube kot. HAHAHA entah apa-apa dia lebih tahu. Mr Potato Head pun dia tahu, takpun My Little Poney or Mermaid or disney charactor pun dia okay. Janji bukan senapang, pistol, batman mahupun Ultramen.

Teddy bears? Kejap fikir. Rasanya ada juga teddy bears jenis-jenis huggable yang Aurora suka. Kalau boleh jangan la bagi yang besar-besar, mommy Aurora suka travel. Nanti dengan teddy bear sebesar alam semua dia nak bawa naik flight.

Ohya, saya merayu jangan beli spinner untuk Aurora (walaupun dia suka sangat spinner). Jangan beli squashy ataupub slime. Saya rasa benda tu sangat useless dan entah apa-apa. Semua salah youtube!

STATIONARY




Kalau stationary, dia dah pandai demanding nak barang-barang Smiggle. Apa-apa pun tak kisah. It's okay, don't buy anything expensive stuffs. Botol air ke, stationary ke, even bagi pemadam smiggles pon Aurora dah excited dan cukup menghargainya.

Jangan bagi Aurora color pencils, mahupun crayon. Tak perlu sebab dekat rumah dah banyak. Nak bagi stationary lain yang bukan smiggles pun tak apa. Pensel 2B pun okay. Aurora tak happy, tapi mommy yang happy. (jimat duit)

BOOKS

Okay kalau nak bagi Aurora buku, mommy prefer workbooks. Instead of reading books, Aurora tak pandai membaca lagi. Nanti dia tak baca, dia merapu-rapu je buat cerita sendiri. Tapi dia suka buat workbooks. Belikan la apa-apa buku activity Mathematics, BM, English, Science atau bahasa Cina, dia akan buat dan bawa kesana kemari sampai homework dia siap!



Ohya, takpun belikan Aurora magazines yang siap dapat mainan tu. errr faham kan? Dalam magazine tu pun kadang-kadang ada latihan-latihan yang Aurora boleh buat. She enjoys doing workbook and at the same time dapat mainan. Bangga dia.

FOODS


Bagaikan dunia milik kita

If nak bagi makanan or any junk foods. Mommy okay saja. Saya bukan mommy skema yang.."anak doktor, jangan bagi hadiah chocolate" .. eh takpa. bagi je. Kalau Aurora tak makan, mommy dia boleh makan. Ngeeeee. Lagi bagus bawa potluck kuih-muih masa party tu, boleh kita makan sama-sama. #jimat



Haha. Tapi lebih dialu-alukan kalau dapat bagi susu Pediasure perisa Vanilla setin dua. Jimat duit saving mommy..

CLOTHES



Paling mudah dan tak memeningkan kepala. Bagi clothes. Saiz badan Aurora very tipikal untuk budak 5 tahun. So boleh beli size 5-6yo. Apa-apa pun tak kisah. Mommy and Aurora tak cerewet pun. Aurora request baju renang berkaki mermaid, ada sesiapa nak belikan? Bagi baju basahan biasa-biasa pun okay. Beli kat pasar malam pun okay. Baju tidur pun okay. Mommy sejenis malas beli baju anak (sebab selalu beli baju diri sendiri je, anak lupa wakakakkaa)




Kalau nak belikan kasut or sandals. Better don't. Takut saiz tak padan. Kaki dia besar macam gajah. Dan Aurora sangat fussy bab kasut. Tak kena selera memang tak pakai.

Hair accessories pon okay. Sejak dua menjak ni dia dah pandai mendiva. Dia suka berangan, nak jadi barbie, mermaid, fairy tale, itu lah dia.

MUSIC INSTRUMENT



Aurora memang ada attended music class and piano class. So far dia memang berminat dan excited setiap kali nak pergi music class. Tak tahu lah dia minat music ke, atau dia minat cikgu yang mengajar dia tu. Anyway, ada ke yang nak bagi Aurora keyboard or Piano? Bhuahhaa.

TOILETRIES

Haha nampak tak mommy nak berjimat. Sampai toiletries Aurora pun mommy list kan sekali untuk ideas korang. Aurora tak cerewet bab toothbrush/ toothpaste. Janji girlie-girlie, pink color. Barbie edition lagi dia suka.
Untuk shampoo and bath shower, Aurora pakai Carrie Junior. Apa-apa warna pun okay sahaja.

Aurora's favourie color is PINK!

Post ni sebenarnya untuk rujukan bagi sesiapa yang dapat jemputan birthday party Aurora. RUJUKAN SAHAJA TAU. Bukan wajib beli yang tersenarai. Kalau tak bagi Aurora apa-apa pun tak apa, cukup sekadar doakan kesihatan dan kebahagiaan Aurora ..
Yang tak dapat jemputan, minta maaf banyak-banyak. Totin utamakan untuk family dan kawan terdekat dahulu. Budget limited. Minta maaf sangat-sangat.

p/s: anyway, birthday Aurora jatuh pada 1 October, birthday mommy pada 12 October. Kalau tak ada idea nak bagi Aurora apa, bagi mommy dia pun tak boleh. HAHA. 

Aurora's Wonderland 5th Birthday Par-Tea

Assalammualaikum, Hai uols! Macam dah boleh agak kan nak update pasal apa. Kalau entry sebelum ni pasal hint birthday present Aurora,...