Friday, November 2, 2018

Aurora's Wonderland 5th Birthday Par-Tea

Assalammualaikum,




Hai uols! Macam dah boleh agak kan nak update pasal apa. Kalau entry sebelum ni pasal hint birthday present Aurora, semestinya kalini pasal post mortem Birthday Party Aurora. First of all, Happy Birthday to my only princess of my life, Aurora In'Aqsa yang jatuh pada 1 October. Masa 1 October tu ada lah buat simple cutting cake sikit. Aurora dah pelik kata ada party, kenapa ajak makan dekat Pizza Hut sahaja!! Dia confius sebenarnya birthday dia bila . Penat explain tapi dia tak faham. Layankan jekla Aurora yer.





Nampak tak, baju outfit #TotinAurora ni dah tempah 3 bulan sebelum party. Thankyou @Natakirazlah merealisasikan baju impian kami. Memang I nak buat baju yang.. worth it. Aurora request dress ala-ala princess. Nak dress panjang lap lantai. Tapi bila fikir balik kalau tempah baju macam tu, membazir. Bila lagi nak pakai? Lagipun event dekat Blokke cafe, ada playground bagai. Macam mana la nak main playground kalau pakai dress cenggitu. Maka mommy minta designer buatkan top and skirt yang senang nak buka dan pakai balik. At least top boleh pakai dengan seluar. Takde lah tersadai baju tu nanti bila dah abis event.


Birthday party Aurora, mommy buat 13 October. Saja nak dekat dekat dengan birthday mommy (12 October) boleh acah-acah macam celebrate birthday sendiri. HAHAHA ada hati pula. Okay sebab utama nya sebenarnya kerana birthday cake Aurora tak available pada awal october. Actually setiap tahun memang tempah cake dekat @wahdi_le.chuette.macaron. Jadi untuk 2018, awal-awal tahun dah book date and bayar payment for cake. Nampak tak Totin seorang planner yang tersusun rapi. Belum apa-apa dah tempah cake birthday Aurora. So Wahdi dah bagitahu dia outstation on early October, terpaksa la tempah cake pada 13October. Jadi itulah dia. Buat birthday party pun kena follow baker cake aurora.







So yea, masa tempah tu, mintak cake biasa 1 tingkat je. Tapi by the time nak dekat date, I tambah payments, minta yang dua tingkat. Sebab tahu cake Wahdi memang sedap sangat. Setiap tahun tak sabar nak tunggu birthday Aurora untuk makan cake dia. Gitu sekali.



Nasib baik saya ada pakcik makcik yang buat katering. Senang nak order makan apa-apa tinggal roger sahaja. Kalau bab makanan ni tak pandai sangat. Saya tahu makan je. Order-order untuk tetamu memang tak mahir. Nenek Aurora yang pilih resipi. Jadi resipi hari itu adalah,




  1. Nasi goreng cina
  2. Sambal sotong
  3. Ayam Goreng
  4. Spaghetti 
  5. Buah
Jujur sekali, saya tak rasa secalit pun makanan ni. Jangankan rasa, nak jenguk pun tak sempat. Haha Buah apa pun tak tahu haritu. Sedihnya tak sempat makan. Menyesal pun ada. Ok tak makanan hari itu? Tahun lalu, makanan cepat habis. mungkin sebab jemputan terlalu ramai. Tahun ni memang I limit kan sikit jemputan biar tak crowded sangat dan biar I boleh melayan semua orang. Bhuahha harapan. sama je tak terlayan.

Ohya, terima kasih juga untuk sponser makanan. 






  1. Kuih-muih tradional daripada Belle
  2. Ice Cream Malaysia daripada Cikanot
  3. Serawa Durian daripada Nashrex
  4. Roti Jala + kuah kari (tak tau tiba-tiba je ada. Takde siapa mengaku dia yang bawa)
Terima kasih!






Ni tahun ke3 tempah candy buffet daripada @sheparty_creative . Memang creative dan tak mengecewakan! Kalini buat tema Alice in Wonderland! Nak tukar sikit konsep party Aurora. Kalau sebelum ni asik warna pink - purple, kali ni nak minta colourful and nature. Backdrop tu memang I request tak nak ada tulisan banner nama Aurora. It's too typical. I minta gambar pemandangan, baru nampak macam real in wonderland lah konon-konon. Overall, I suka!!




Cotton Candy ni permintaan Aurora. Actually Aurora request dia nak cotton candy dan popcorn. Tapi mommy senyap senyap je tak panggil popcorn tu. Ikutkan request aurora memang macam macam. Pokai lah mommy. Uolls ada amek tak free flow cotton candy ni. Rugi tak amek, penat I bawak dia datang okey. Anyway thank you kakak-kakak candy yang buat servis dekat birthday party rora. Hope kids semua happy!! Siapa nak tempah cotton candy with affordable price boleh tempah dekat @cinonet.candy ok?





Acara dimulakan dengan Alice in Wonderland animators appearance dari @babyshowasia! Masa deal dengan mereka, pakai WhatsApp sahaja. Request nak Alice datang. Tak tahu pula rupanya minah saleh bebetul yang datang. Haha tercengang Aurora, dia ingat ni Alice yang dalam cartoon tu mommy import keluarkan dari youtube. Baru dia tahu kehebatan mommy. Next year mommy ajak Ryan toys review tu datang ok? Haha



Bila abg badut @mrtomato_cb  ni datang, baru start cutting cake ceremony. Ada yang kata, I lewat potong cake sebab tunggu ex husband yang datang lewat. Err tak ada kaitan pun. Memang I follow itinerary okay. Potong cake adalah bersama si badut Tomato ini. Bila Tomato ni datang, kids yang bawah umur 3tahun dah start excited. Sebab yang Alice tu mereka tak faham sangat. So untuk badut Tomato ni I request all games in Malay. 



Game paling kelakar. Rebut kerusi. Game ni Aurora menang (takde kompromi okay). Tak tahu pula Aurora ada bakat main game kerusi ni. Mommy masa zaman kanak-kanak paling benci main ni. Sebab asik kalah je dan terasa loser. 


Game mumia







Ingatkan birthday party kali ini lebih terancang dan saksama, rupa-rupanya sama sahaja. Tetap ada banyak yang tak puas hati. Rasanya birthday kali ni sangat lah sibuk sampai tak banyak masa nak bergambar. Even bergambar berdua OOTD dengan Aurora pun tak ada. Banyak gambar dengan kawan-kawan pun kurang. Gambar Aurora dengan atok nenek pun tak ada. Eh banyak yang tak ada. Sedih tak. Sedih tak? Tak tahu lah kenapa birthday kali ni macam terlalu sengkat masa. Alih alih dah pukul 7 malam. Alih-alih semua orang dah balik, T_T

Overall, thank you so much untuk siapa-siapa yang membantu menjayakan birthday party Aurora yang ala ala macam acara menerima menantu pula sibuknya. Team family yang sama-sama gotong-royong packing goodie bags, wah terharu sangat. Haha. Untuk PA Aurora, Auntie Yunnissa yang sama-sama sibuk menjaga kebajikan aurora ecewah. Major thanks!

Ada party lagi tak tahun depan? Errr tengok pembentangan budget 2019 nanti ok?

No comments:

Post a Comment

Aurora's Wonderland 5th Birthday Par-Tea

Assalammualaikum, Hai uols! Macam dah boleh agak kan nak update pasal apa. Kalau entry sebelum ni pasal hint birthday present Aurora,...