Saturday, September 1, 2018

Birthday gifts ideas for Aurora..

Hai, birthday Aurora nak dekat. Yea, as usual setiap tahun Aurora akan buat birthday party! Actually ingatkan tahun ni nak rest, sebab banyak plan hujung-hujung tahun nak pakai duit, tapi mommy lemah betul kalau Aurora dah pujuk rayu. Nasib baik anak sorang. Tak apalah, anggap sahaja birthday party Aurora sebagai salah satu sedekah majlis makan-makan untuk kawan-kawan bila ada rezeki lebih sikit.

Nak bagi Aurora hadiah apa? Alamak jangan la pening sangat. Aurora ni simple je orangnya..

TOYS




If you go for toys, Aurora suka toys yang girly sikit. Dia bukan budak boyish yang kasar-kasar. Dia tak main pedang, pistol, dinosour mahupun transformers. Jangan beli mainan doktor-doktor sebab dah terlalu banyak mainan tu. Jangankan barang mainan doktor, barang doktor original pun ada dekat rumah tu. Haha. Jangan beli playdoh lagi sebab dah banyak, mommy malas kemas. Jangan beli lego, mommy malas kemas juga. Dia tak kreatif. Tak pandai main lego pon. Jangan beli mainan baby-baby lagi (eg Baby Alive) Dia dah tak minat baby. Dia kata dia nak jadi anak tunggal sampai bila-bila haha.

Currently, Aurora seorang collector Barbie dolls. Adelah juga beberapa collections dia. Anything related with Barbie bole lah belikan. CD movie barbie pun dia okay. Dia boleh ulang cerita tu setiap kali naik kreta. (drivernya yang bosan)





Kalau nak murah sikit boleh beli mainan LOL or Pigmi pop surprise dekat ToyRus tu. Yang tu pun dia tengah minat, tak paham betul kanak-kanak zaman sekarang. *pengaruh You-Tube*




Toys lain yang dia minat.. err yang famous dekat youtube kot. HAHAHA entah apa-apa dia lebih tahu. Mr Potato Head pun dia tahu, takpun My Little Poney or Mermaid or disney charactor pun dia okay. Janji bukan senapang, pistol, batman mahupun Ultramen.

Teddy bears? Kejap fikir. Rasanya ada juga teddy bears jenis-jenis huggable yang Aurora suka. Kalau boleh jangan la bagi yang besar-besar, mommy Aurora suka travel. Nanti dengan teddy bear sebesar alam semua dia nak bawa naik flight.

Ohya, saya merayu jangan beli spinner untuk Aurora (walaupun dia suka sangat spinner). Jangan beli squashy ataupub slime. Saya rasa benda tu sangat useless dan entah apa-apa. Semua salah youtube!

STATIONARY




Kalau stationary, dia dah pandai demanding nak barang-barang Smiggle. Apa-apa pun tak kisah. It's okay, don't buy anything expensive stuffs. Botol air ke, stationary ke, even bagi pemadam smiggles pon Aurora dah excited dan cukup menghargainya.

Jangan bagi Aurora color pencils, mahupun crayon. Tak perlu sebab dekat rumah dah banyak. Nak bagi stationary lain yang bukan smiggles pun tak apa. Pensel 2B pun okay. Aurora tak happy, tapi mommy yang happy. (jimat duit)

BOOKS

Okay kalau nak bagi Aurora buku, mommy prefer workbooks. Instead of reading books, Aurora tak pandai membaca lagi. Nanti dia tak baca, dia merapu-rapu je buat cerita sendiri. Tapi dia suka buat workbooks. Belikan la apa-apa buku activity Mathematics, BM, English, Science atau bahasa Cina, dia akan buat dan bawa kesana kemari sampai homework dia siap!



Ohya, takpun belikan Aurora magazines yang siap dapat mainan tu. errr faham kan? Dalam magazine tu pun kadang-kadang ada latihan-latihan yang Aurora boleh buat. She enjoys doing workbook and at the same time dapat mainan. Bangga dia.

FOODS


Bagaikan dunia milik kita

If nak bagi makanan or any junk foods. Mommy okay saja. Saya bukan mommy skema yang.."anak doktor, jangan bagi hadiah chocolate" .. eh takpa. bagi je. Kalau Aurora tak makan, mommy dia boleh makan. Ngeeeee. Lagi bagus bawa potluck kuih-muih masa party tu, boleh kita makan sama-sama. #jimat



Haha. Tapi lebih dialu-alukan kalau dapat bagi susu Pediasure perisa Vanilla setin dua. Jimat duit saving mommy..

CLOTHES



Paling mudah dan tak memeningkan kepala. Bagi clothes. Saiz badan Aurora very tipikal untuk budak 5 tahun. So boleh beli size 5-6yo. Apa-apa pun tak kisah. Mommy and Aurora tak cerewet pun. Aurora request baju renang berkaki mermaid, ada sesiapa nak belikan? Bagi baju basahan biasa-biasa pun okay. Beli kat pasar malam pun okay. Baju tidur pun okay. Mommy sejenis malas beli baju anak (sebab selalu beli baju diri sendiri je, anak lupa wakakakkaa)




Kalau nak belikan kasut or sandals. Better don't. Takut saiz tak padan. Kaki dia besar macam gajah. Dan Aurora sangat fussy bab kasut. Tak kena selera memang tak pakai.

Hair accessories pon okay. Sejak dua menjak ni dia dah pandai mendiva. Dia suka berangan, nak jadi barbie, mermaid, fairy tale, itu lah dia.

MUSIC INSTRUMENT



Aurora memang ada attended music class and piano class. So far dia memang berminat dan excited setiap kali nak pergi music class. Tak tahu lah dia minat music ke, atau dia minat cikgu yang mengajar dia tu. Anyway, ada ke yang nak bagi Aurora keyboard or Piano? Bhuahhaa.

TOILETRIES

Haha nampak tak mommy nak berjimat. Sampai toiletries Aurora pun mommy list kan sekali untuk ideas korang. Aurora tak cerewet bab toothbrush/ toothpaste. Janji girlie-girlie, pink color. Barbie edition lagi dia suka.
Untuk shampoo and bath shower, Aurora pakai Carrie Junior. Apa-apa warna pun okay sahaja.

Aurora's favourie color is PINK!

Post ni sebenarnya untuk rujukan bagi sesiapa yang dapat jemputan birthday party Aurora. RUJUKAN SAHAJA TAU. Bukan wajib beli yang tersenarai. Kalau tak bagi Aurora apa-apa pun tak apa, cukup sekadar doakan kesihatan dan kebahagiaan Aurora ..
Yang tak dapat jemputan, minta maaf banyak-banyak. Totin utamakan untuk family dan kawan terdekat dahulu. Budget limited. Minta maaf sangat-sangat.

p/s: anyway, birthday Aurora jatuh pada 1 October, birthday mommy pada 12 October. Kalau tak ada idea nak bagi Aurora apa, bagi mommy dia pun tak boleh. HAHA. 

Saturday, July 7, 2018

Chaah festive Eid Party!


Alhamdulillah, our clinic raya open house went well. I had nothing to worry about because everything went so smoothly. We invited the Kg Jawa marhaban team, our kampung kospen, panel penasihat team and also the people all around Chaah. People were so nice and in such good moods. No one wanted to talk about work, everyone just wanted to eat, take pictures at our photo booth and mingle with each other. Thank you so much to all my chaahmate staffs for making this yearly event such a success.



Biar lebih, jangan tak cukup. 



Cendol is a must!
Canopy sponsored by Awam Biru. Million thanks!

We had various foods from the heavier rice, asam pedas yana, chicken curry, lemang, rendang and roti canai. We also served lighter food like noodles with curry or soup, roti jala, chicken satay, laksam, nuggets and frieds, fruits, traditional kuih, serawa durian, bubur kacang hijau, cendol and ect.  All the foods are tasted good and prepared by my staffs. We don't need professional food catering!





I tapau this 10pcs of this roti canai. Sedap gila. 


With all the doctors.
Took this photo because we're all matchy match.


Team makan berdiri.


Team cedok air.


Team perkasa


Paling cun.













Thank you for coming and squeezing in a little time with us. Selamat Hari Raya. We are sorry if we have ever hurt any of you in any ways. 



The night ended with fireworks :)


Friday, June 29, 2018

Mommy takde duit!

I was always telling my child, I don't have money. Especially when she asked me for something.

So today is Aurora's parents day at school. She was not following me to school. I left her at home. I went there alone. It's more easier for me to ask her teacher regarding her latest school performance.
She did the best for all of her exam papers.

Math: full marks (expected since she loves math) 
English/phoenics: full marks 
Chinese: full marks (how come???) 
Bahasa Melayu: getting 2 wrongs in her last questions.

It just an exam in kindergarten. I don't expect much.

BUT

when her teacher asked,

" Akak takde duit ke? Saya tanya Aurora, mommy tak nak belikan reading books ke?(which is compulsory for every student). Aurora cakap mommy takde duit."

HAAAAA?? her question make me shocked like WTH how can Aurora told her like that! Ya Allah malunyaaaaaa. No wonder lah I didn't see any reading books from her school bag. Rupanya selama ni dia tak beli buku, dia pinjam kawan dia. Everytime teacher ajar, dia pinjam kawan dia. Errrrkkkkk mana nak letak muka ni!





Friday, May 18, 2018

TotinAuroraTakeYogyakarta : Hotels in Yogyakarta

Yogyakarta memang dah cukup terkenal. Sejak cerita AADC2, makin menjadi-jadi tempat-tempat wisata ( peranginan ) sekitar Jogja. Selama 6 tahun saya study sana dulu, tak ada pula tempat-tempat best cenggitu. Kalau ada pun tak adalah semeriah sekarang ni.

Awal bulan 5 haritu, saya pergi Jogja. Derdua je dengan Aurora. Saja nak mengimbau kenangan sekolah sana sambil jalan-jalan cari makan dan jumpa kawan-kawan. 5hari dekat Jogja sangat tak cukup. Banyak benda tak sempat nak buat. Sebenarnya duduk berapa lama pun takkan puas. Jogja memang sangat best!

Okay entry kali ni nak update hotel yang saya pergi je. Nanti next entry baru saya cerita tempat-tempat lain yang wajib pergi ok? Masa dekat Jogja, 2 malam tidur dekat Greenhost Boutique Hotel, 2 malan lagi dekat Lafayette Hotel. Sengaja pilih 2 tempat yang berjauhan supaya boleh explore kawasan sekitar situ.

GreenHost Boutique Hotel







Hotel ni terletak di daerah Prawirotaman, agak jauh dengan kota Jogja, apatah lagi dengan kawasan fakulti saya. Jauh. Saya sebenarnya tak pernah ke sekitar sini. Kawasan ni  terkenal dengan kawasan "bule" aka banyak pelancong asing. Ala ala macam mini Bali la ni. Mat salleh sana sini. Banyak cafe dan pub disekitar. Seronok juga sekali sekala bercuti sekitar sini, boleh cuci-cuci mata sekali. eh eh. 



Hotel ni unik. Terkenal dengan eco-friendy dan tumbuh-tumbuhan yang ditanam. Cantik buat bergambar. Kalau nak explore tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam boleh naik ke lantai rooftop. Buka dari 10pagi sampai 8malam. Saya sempat pergi sekejap je sebab tempat tu buka waktu kami berjalan explore Jogja tak sempat nak naik rooftop sangat.



Untuk yang pentingkan kamar, saya tak sarankan tidur sini. Bilik kecil je. Nama pun boutique hotel kan. Deco sangat kemas dan simple. Takde peti ais nak simpan cold water. Untuk berdua dengan Aurora boleh la. Kalau ramai-ramai nak sumbat tidur sebilik memang sempit. Luggage saya dua buah pun dah sempit tak tahu nak letak mana.




Ohya kalau stay sini, jangan lupa chillex dekat Agenda Resto and vibes , rooftop hotel. Memang sangat santai sambil dengar alunan live bands. Masa kitoang datang sini, baru lepas dinner. Jadi nak order makan pun dah tak larat. Perut dah meletop makan seharian. Tapi nak juga merasa suasana bersantai sambil layan live bands. 

Lafayette Hotel




Untuk malam ke 3 dan ke 4, saya pindah hotel lain. Lafayette Hotel terletak di Ring Road, Yogyakarta. Tak jauh dari rumah sewa saya dulu. Kira kembali nostalgia juga la ni. Dulu kawasan ni sepi, hotel ni tak wujud lagi. Sekarang macam-macam dah ada. Dah semakin pesat membangun.

Luna, my Indonesian friend pun stay sini juga. Jadi kami memang membuat haru sepanjang 2 hari di Lafayatte.


First time masuk hotel ni terus rasa kagum dengan interior design. Putih!! which is my favourite color! Sana sini putih bersih. Cantik. Dekat lobby pun dah terpaut. Pintu utama besar di hadapan lobby hotel sebagai bonus. Ditambah pula dengan hiasan piano di lobby. Dari luar nampak simple. mungkin kerana hotel ni tak ada tempat parking kenderaan yang luas. Mostly kena park outdoor. Tapi untuk pelancong yang macam saya ni tak ada effect apa pun kalau tak ada tempat parking kan?





Bilik hotel ni MasyAllah cantik sangat. Dah macam berhoneymoon pula kami. Tapi sayangnya cuma bercuti berdua dengan Aurora sahaja #loser. wakaka. Bilik hotel ni lebih besar dan jauh lebih selesa. Gulik-gulik hari-hai pun tak puas. Nak deluxe room dah penuh. Dapat twin room. Tak apalah. Janji cantik dan luas!



Corridor hotel pun cantik!




Paling suka kalau ada bathtub. Tiba-tiba jadi rajin mandi satu hari 3 kali.




Buka jendela dah nampak pemandangan gunung berapi Merapi sambil menikmati pemandangan sunset. Dari corridor boleh nampak rumah sewa lama, dekat mana tempat selalu berjimba berkaraoke setiap hujung minggu, kedai makan favourite, fakulti kedokteran, semua boleh nampak jelas. Memang mengimbau kenangan betul!






Swimming pool terletak di rooftop. Kesihan Aurora, dah plan nak mandi swimming pool, tapi tak sempat. Lagipun kolam dia dalam, tak ada yang untuk kids. Dari atas rooftop boleh nampak pemandangan gunung Merapi dengan jelas. Cantik!


Ohya, jangan lupa breakfast dekat sini. Memang sedap! Make sure datang awal dan cop duduk dekat kusyen. Baru boleh makan sambil menikmati pemandangan Jogja. Sejam saya dengan Aurora menikmati makanan. Rasa macam nak makan semua.  Berdua pun layannnn.

Muka budak ngantuk. 
Ini lah kusyen cantik rebutan tu. Puas sambil makan sambil gulik gulik.

Inilah antara 2 hotel yang saya tidur dekat Jogja haritu. Actually banyak lagi hotel yang baru dan cantik-cantik sekita Jogja ni. Harga pun tak mahal mana. Yang murah pun dah boleh dapat hotel yang bagus. Tips pertama kena tengok review. Kena make sure hotel yang kita pilih berada di kawasan yang kita nak pergi. Jogja ni besar. Kalau sila tempat boleh kejauhan hulu hulu sana. Susah nak kemana-mana. Rugi dan buang masa, sebab Jogja sekarang dah macet bukan main (jammed).

Next entry saya cerita pasal tempat-tempat yang kami kunjungi pula yer?




Saturday, April 28, 2018

Jom pergi bercuti nak?

Hmmm rasanya dah lama sangat tak pergi bercuti. Biasanya kalau dah penat bekerja, I memang akan bawa Aurora pergi bercuti. Tak kira lah pergi mana. Short vacation pun jadilah. Tadi sempat lah I survey-survey tempat bercuti yang sesuai. I suka pergi Port Dickson. Pergi banyak kali pun tak apa! Not that far from Johor. 2Jam30min je dah sampai. Senang nak pergi, nearest high-way. And yes, sebab ada pantai!! Nama pun nak cari ketenangan setelah penat bekerja kan?


January lepas sebenarnya kami baru je pergi Port Dickson. Ingat tak? Okay tak ingat, sebab tak sempat nak update blog. Kahkahkah. Masatu buat percutian ringkas untuk sambut hari lahir Yun. Nampak tak betapa busynya, bulan 4 baru nak throwback percutian lama. Sampai dah lupa nak cerita apa.


Happy Birthday Yun. 
Terperanjat mak nenek dia kena surprise tiba-tiba kami colik dia datang Port Dikson!
Nama pun short vacay. Sehari je datang sini. Itupun datang dah lewat petang. Macam-macam urusan masatu. Unplanned vacation. Kelam kabut sangat jadinya.



Percutian masatu tak puas langsung. Sebab apa? Sebab mereka berdua kecundang sakit. Haha tak tahu apa nasib. Birthday girl boleh  mabuk ketum muntah muntah pada hari kedua. Padahal kitorang party clean je tak ada yang haram pun. Annak member pula demam panas. Aurora pun sedih sebab tak ada geng nak bermandi manda. Nak bersiar-siar sekitar Port Dickson pun tak sempat.  Aurora banyak kali tanya, bila nak bawa dia ke Port Dickson lagi. So kalini nak cari hotel yang ada swimming pool yang luas especially for kids.

Survey punya survey, I found Thistle Port Dickson is the best choice! Eh rupanya senang kalau survey hotel pakai Traveloka! (my first experience #jakun) Just click hotel area mana yang you all nak cari, and it listed everything. I tertarik dengan Thistle ni sebab dah lah 5 stars hotel, harga pun murah! Berbaloi!





Price? Dengan bilik yang besar, with free breakfast, kedudukan yang sangat strategic, I rasa sangat affordable. Lebih-lebih lagi kalau beli melalui Traveloka ni. Harga jauh lebih murah dari walk-in price tau! Rugi kan kalau tak tahu. Bila baca guest review, mostly satisfied with the service. Rasa tak sabar sangat nak bercuti ke sana!



Nampak tak? Banyak benda rupanya boleh buat dekat sini. Fitness center kena ada, since I ni jenis suka masuk gym at least buat sedikit cardio.. kalau waktu kerja memang tak menyempat. Waktu bercuti ni lah masanya! Lepas pergi gym, bolelah relaxkan badan dengan massage and spa! Tak sabarnyaaaaaaa!  Aurora kalau bosan tak apa, dia boleh pergi main dekat children play area. Mesti dia enjoy punya lah!




Haa lagi satu yang I rasa best kalau cari hotel through Traveloka ni, siap mention nearby attraction  dekat mana. Senanglah untuk I nak bawa Aurora nanti. Tak payah buat survey-survey lagi dah. Siap dah bagitahu tempat terdekat dan yang wajib pergi! Paling menarik bila dekat dengan Port Dickson Ostrich farm! Salah satu wishlist nak bawa Aurora nanti.


Okay yang ni serious I memang baru tahu. Selama ni kalau buka traveloka tak pernah explore mendalam sangat. Rupa-rupanya Traveloka suka bagi voucher-voucher diskaun macam gini. Korang boleh perasan advertisement ni dekat heading atas sekali website traveloka. Sebenarnya bukan untuk hotel sahaja, untuk domestic flight pun ada diskaun. Mudah je nak dapatkan diskaun ni, cuma masukkan voucher code time booking dekat Application Traveloka! Helloo RM50 kot, siapa nak bagi kan?




Aurora dah tak sabar nak pergi bercuti lagi!



Sekarang I nak ajak ramai-ramai  book thistle port dickson on traveloka ! Kita pilih satu date dan kita holiday sama-sama, nak tak? 

Birthday gifts ideas for Aurora..

Hai, birthday Aurora nak dekat. Yea, as usual setiap tahun Aurora akan buat birthday party! Actually ingatkan tahun ni nak rest, sebab banya...